top of page

Maafkan Adik Ibu...Adik menyesal

  • Jun 14, 2016
  • 3 min read

"Adik..bangun..matahari dah meninggi ni.Cepat pergi mandi.Bangun cepat!"

Begitulah rutin ibu ini setiap pagi di waktu cuti sekolah.Mengejutkan anak lelaki remajanya.Budak sekarang bangun lambat.Bisik hati ibu ini.

"Adik..cepat bangun..pergi mandi..matahari dah naik ni."

Sekali lagi dia mengejut anak lelaki remajanya dengan harapan dia bangun segera,tak baik tidur lama rezeki lambat masuk.Dari dalam bilik,Adik bangun dan duduk termenung di tepi katil,mata terkebil-kebil melihat luar tingkap.Apa aku nak buat harini?Bisik hati Adik.Nak keluar dengan kawan tak boleh,mereka semua pergi bercuti bersama keluarga.Aku juga yang tak pergi bercuti.Ibu sibuk dengan bisnes,abah pula tak dapat cuti.AAahh..bosan betul...Layan video game dan tonton TV lagi baik.Adik bingkas bangun terus turun ke ruang bilik TV seperti selalu.

"Adik...kan ibu pesan tadi,pergi mandi dulu.Video game tu bila-bila masa Adik boleh main."

"Nanti sekejap ibu,tengah nak menang ni...nanti Adik mandi lah."

Ibu hanya mengeleng kepala mendengar jawapan anak lelakinya itu.Ibu tahu anaknya bosan duduk di rumah sejak cuti sekolah bermula.Bukan ibu tidak ajak Adik bersama keluar berjumpa dengan pelanggan atau makan tengahari di restoren atau melihat kios niagaan di Mall,tetapi Adik tidak mahu ikut,katanya bosan menunggu ibu lama bersama pelanggan.

Hari ini,ibu tidak keluar berjumpa pelanggan atau melawat kios.Hari ini ibu akan melayan pelanggan baru dan memberi informasi terbaru tentang produk keluaran syarikat melalui internet.Ibu bekerja dari rumah sahaja hari ini.

"Ibuuu...Ibu....leher Adik gatal..tolong garu bu."

Jari jemari ibu terhenti dari menaip.Ibu berlari anak ke bilik TV.

"Kenapa ni,Adik?"

"Leher..leher Adik gatal lah bu.Tolong garu kan."

"Itulah,tadikan ibu kata pergi mandi,tapi Adik degil.Kulit Adik kan sensitif sikit..tak boleh berpeluh..ni berpeluh sebab tak mandi lah ni."

"Aduhh..gatalnya."

"Meh sini,ibu garu...Dah lepas ni pergi mandi guna sabun mandi Anfael Cinnamon.Sabun ni boleh rawat leher Adik yang gatal tu.Lepas mandi Adik akan rasa segar.Cepat pergi mandi."

Adik bangun malas,naik atas masuk ke bilik capai tuala dan ke bilik mandi.Sebenarnya,ini adalah kali pertama Adik guna sabun mandi Anfael Cinnamon.Adik kurang minat dengan produk syarikat ibunya ini.Sejak ibu sibuk dengan bisnes produk sabun mandi Anfael Cinnamon,mereka tidak lagi pergi bercuti seperti dahulu.Jika tidak,setiap kali cuti sekolah ibu akan bawa mereka sekeluarga bercuti di tempat perangian bersama.

"IBUUUU......"

Jerit Adik sekuat hati dari bilik air.Ibu terhenti dari kerja,tinggalkan laptop lari naik atas ke bilik air.

"Kenapa Adik..Buka pintu ni..CEPAT."Ibu cemas.

"IBUU..WOW..Best lah sabun mandi Anfael Cinnamon ni.Rasa sejuk..WOW."

"Ya Allah Adik..Ibu ingat apa lah tadi.Jangan jerit lagi."

"WOAW..Best."

Selesai mandi dan berpakaian lengkap.Adik turun ke bawah senyum dengan rasa segar,bersih dan wangi.

"Ibu...Kenapa ibu tak cakap yang sabun mandi Anfael Cinnamon ni best."

"Adik..Setiap hari ibu pesan pada adik supaya mandi guna sabun ni,tapi Adik tak pernah nak dengar.Dan setiap hari juga ibu pasti akan update kongsi tentang kebaikan sabun mandi Anfael Cinnamon melalui Facebook,Instagram dan laman web.Pernah Adik baca?"

Adik mengeleng kepala sambil tunduk.Walaupun Adik ada akaun sosial media.

"Kenapa ibu buat semua ini?"Tanya Adik.Dia mahu kepastian,dia mahu jawapan jujur dari ibu.

"Semasa Adik kecil dahulu,ibu dan abah berhabisan banyak wang,tenaga dan usaha untuk merawat penyakit kulit ekzema Adik.Pelbagai cara kami cari dan usaha supaya kulit Adik baik dan sihat seperti kanak-kanak lain.Sehinggalah ibu jumpa dengan satu formula rawatan melalui kaedah sabun.Dengan itu,ibu tahu bagaimana perasaan ibu-ibu lain yang menghadapi masalah yang sama,bila anak kesayangan kami bermasalah.Maka ibu rasa bertanggungjawab untuk kongsi formulasi ini bersama ibu yang lain agar mereka tidak menghadapi kesukaran seperti ibu menjaga Adik dahulu.Sebenarnya,Adik adalah kekuatan dan alasan kukuh kenapa ibu lakukan semua ini."

Adik berdiri diam seribukata.Perasaan bersalah menyelubungi diri.Lalu Adik rapatkan diri dan memeluk erat ibu..

"Maafkan Adik Ibu...Adik menyesal.."

Tanpa ibu sedari,airmata mengalir perlahan tanda Kesyukuran..Anak syurganya mula memahaminya.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Instagram Icon

© 2023 by We Smile. Proudly created with Wix.com

Success! Message received.

bottom of page