top of page

4 JENIS RUAM YANG MERENGSA KULIT

  • Jul 13, 2016
  • 2 min read

Ruam adalah merupakan erupsi sementara pada kulit,biasanya dicirikan oleh kemerahan dan gatal. Ruam mungkin suatu tindak balas kulit setempat atau sesuatu tanda luar yang menunjukkan gangguan menghinggapi tubuh. Terdapat banyak jenis ruam,termasuklah ekzema,granuloma annulare,lichen lpanus dan pityriasis rosea.

1) EKZEMA • Kegatalan. • Kulit kemerahan. • kulit kering,bersisik yang boleh menyebabkan ianya tebal. • Pembetulan lepuhan kecil,dipenuhi cecair yang boleh meleleh bila di garu. • Jangkitan pada kawasan kulit bermasalah.

2) GRANULOMA ANNULARE Granuloma Annulare adalah penyakit kulit kronik yang meliputi ruam berbentuk bulat dengan benjolan kemerahan. Keadaan ini biasanya memberi kesan kepada kanak-kanak dan orang muda. GA lebih biasa pada kanak-kanak perempuan. Penyebab masalah kulit ini belum di ketahui.

3)LICHEN PLANUS LP adalah penyakit biasa yang menghasilkan benjolan,berkilat, yang berbentuk bersegi dan berwarna merah ungu. LP boleh muncul di sebarang kawasan pada kulit tetapi lebih kerap ditemui pada pergelangan tangan dan buku lali,bahagian bawah kaki dan belakang kaki dan leher. Ada juga penghidap LP yang memiliki benjolan ini dalam mulut,kawasan kemaluan, rambut dan kuku.LP kerap muncul pada orang dewasa berumur 30 hingga 70 tahun.

4) PITYRIASIS ROSEA PR adalah masalah ruam kulit yang biasanya amat ringan. Keadaan ini boleh dimulakan dengan tompokan kulit berwarna merah jambu yang besar dan bersisik pada Dada atau belakang badan. Jumlah dan saiz tompokan ini boleh berbeza. Penyebab PR tidak diketahui.

4 JENIS RUAM YANG MERENGSA KULIT ===================================== DIAGNOS DAN RAWATAN .. .....

1)EKZEMA ATOPIK ....................................

EA biasanya didiagnos dengan analisa gejala-gejala individu. Pemeriksaan kulit juga turut dilakukan . EA boleh di rawat dengan ubatan,termasuklah krim dan ubat sapu yang mengandungi steroid cortisone. Bagi mereka yang mengalami ekzema ringan sehingga sederhana TIM boleh digunakan kerana ia berfungsi melalui cara mengubah tindak balas kekebalan tubuh kepada alergen sekali Gus mencegah keradangan lebih teruk.

2) GRANULOMA ANNULARE ............................................................

Doktor biasanya menggunakan biopsi kulit bagi mengesahkan diagnosis. Rawatan GA biasanya tidak perlu kecuali bagi tujuan kosmetik. Dalam sesetengah kes,krim sapu digunakan untuk menghilangkan benjolan. Ada juga doktor yang mengambil keputusan untuk membekukan lesi tersebut dengan cecair nitrogen cecincin benjolan. Tetapi cahaya ultraungu atau ubat juga boleh digunakan dalam Les yang serious.

3)LICHEN PLANUS ..............................................

Doktor boleh mendiagnos melalui rupanya atau dengan penggunaan biopsi kulit. Walaupun LP tidak boleh di sembuh tetapi gejala-gejalanya boleh di rawat dengan produk-produk anti gatal seperti antihistamina. Jika LP memberi kesan pada hanya bahagian kecil tubuh,ubst sapi boleh diguna pada kawasan yang tersebut. Ubat seperti suntikan steroid,Prednisone atau retinoid juga boleh diberikan dalam kes-kes serious.

4) PITYRIASIS ROSEA

.....................................................

Doktor biasanya mendiagnos dengan hanya melihatnya. Tetapi ujian darah atau biopsi kulit juga boleh dilakukan. Dalam kes serious, penyakit ini boleh hilang tanpa rawatan. Antihistamina oral boleh diambil bagi membantu melegakan kegatalan.Luka boleh sembuh dengan cepat bila terdedah pada cahaya matahari atau lampu ultraungu. Namun begitu pendedahan terlalu lama pada cahaya matahari perlu dielakkan. Kebanyakkan kes LR boleh hilang dalam masa 6-12 minggu.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Instagram Icon

© 2023 by We Smile. Proudly created with Wix.com

Success! Message received.

bottom of page