SYAWAL YANG MENDEWASAKAN KITA
- Jul 3, 2016
- 2 min read

Bila takbir Syawal kedengaran tamat sudah bulan Ramadhan.Jelmanya Syawal mengusik jiwa.
Terkenang kembali waktu menyambut Aidilfitri sewaktu kecil dahulu.Setiap kali Ramadhan,sudah terbayang Hari Raya yang mengembirakan.Rasa tidak sabar menyambut Raya di Pulau Pinang.Rumah nineik dan atuok di Gelugur.Setiap tahun pasti disini destinasi kami sekeluarga berkumpul beraya bersama keluarga sebelah mama.Tidak hendak berjumpa dengan atuok dan nineik,pak cik,mak cik serta sepupu teman sepermainan.
Riuh rendah di malam raya,atuok dan kaum wanita dalam keluarga sibuk di dapur menyediakan juadah raya..ketupat, kuah kacang,Bamiyah(masakan Arab)san mesti tidak lupa kek Brownies arwah Mak Edah(hingga ke hari ini ke;azatan kek browmies Mak Edah tiada tandingan).Kaum lelaki mengemas rumah,lap tingkap yang berhabuk.Kami yang masih kecil berlari sana sini,kejap ke dapur,kejap ke ruamh tamu,banyak masa di luar bermain bunga api.Malam yang penuh kegembiraan.
Keesokkan nya,Bangun dari tidur tidak perlu di kejutakan,bangun dengan sendiri.Bangun dengan senyuman lebar di wajah seperti suatu semangat baru tidak sabar ke masjid solat Aidilfitri.Selesai solat Aidilfitri,rumah pertama wajib kami sekeluarga kunjungi adalah di Rumah Bahagia Jalan York,Pulau Pinang.Bukan sahaja kami sekeluarga malah saudara mara bersama keluarga mereka juga akan ke sini.Ianya umpama target utama dalam senarai kunjungan ke rumah saudara di hari raya.Rumah ini ibarat penyatuan yang mengeratkan lagi siratulrahim antara kami.Rumah inilah bermulanya dinasti ahli keluarga sebelum generasi kami.Rumah ini,moyang kami membesarkan anak-anak mereka.Di hari raya pertama rumah ini akan di penuhi dengan gurau senda,gelak ketawa dengan cerita nostalgia.Betapa seronoknya saat itu.
Kini,Rumah Bahagia Jalan York sudah tiada lagi.Yang tinggal hanya tapak tanah sahaj dan di kelilingi oleh membangunan pesat.Ramai antara saudara mara juga yang telah meninggalkan kami.Kini generasi kami pula yang berusia membuka lembaran cerita raya tersendiri dengan keluarga sendiri.Generasi kami semakin besar hingga ada yang tidak kenal saudara sendiri.
Bagaimana rasanya suasana raya bagi kanak-kanak hari ini? Adakah mereka rasa kemeriahan suasana hari raya seperti kami dahulu? Soalan ini ada di tanya kepada anak-anak saya....jawapan mereka....
ENTAHLAH.....BIASA JER....
Ya betul...Syawal mendewasakan kita.
Sekian..



















Comments